expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, July 1, 2014

Nurdamia buah hati Mak Ngah semoga cepat sembuh

Salam dan Selamat Berpuasa kepada kawan2 semua.

Maaf laa saya dah lama tak update blog ni bukan apa sibuk dgn anak buah yg sedang sakit di Hospital Selayang jadi kalau hari biasa tu berulang alik tengok dia dan hari minggu pun sama ... Nurdamia nama anak adik yg berumur 5 thn ... kalau sya tak datang mesti dia menanya mana Mak Ngah tak datang  ni... tu yg terasa sedih nya kalau dia menanya kita tak datang .

Nurdamia kalau dlu seorang yg periang, cerdik dan banyak cakap tapi sekarang ni senyap dan diam aje ...kalau tanya sepatah tak jawab jgn ditanya marah laa jawab nya nnt.

Nurdamia mengalami penyakit Polyartertis Nadosa dimana penyakit ini menyerang sendi2 dan saluran darah menjadi sempit.. Punca mmg tak dapat dikenal pasti...

Nk cerita pasal penyakit ni pun panjang sure bosan nk membaca.. TAPI saya harap kawan2 yang membaca sya minta doakan untuk dia cepat sembuh seperti dlu dan boleh bermain serupa kawan2 yang lain...

 gambar ni ambil masa perasmi Sekolah Dalam Sekolah yang dirasmikan oleh Tan Sri Muhayidin Yasin
sembab muka dan perut dia sbb kesan ubat steriod 

 Jari Mia yang sakit tu 

 Jari Mia dah nampak perubahan nya selepas 3 minggu di Hospital Selayang dan jari sebelah kiri pun ada gak kena tapi tak kuat macam jari sebelah kanan seperti dalam gambar tu

 Ni gambar ambik buat kenangan kawan2 Mia 

No comments: