Rantau Asia Tenggara dengan hutan tropika khatulistiwa sememangnya kaya dengan tumbuh-tumbuhan herba. Sejak turun temurun lagi, pemakanan herba telah menjadi amalan untuk mengatasi segala masalah kesihatan. hidup sihat beasaskan herba kini memasuki era moden. HPA Industries telah berjaya menggabungkan produk-produk herba secara komersial. Sehingga kini, ratusan jenis produk telah pun dipasarkan dan banyak lagi akan dilancarkan pada masa akan datang. HPA Industries sdn bhd menitikberatkan kualiti dan proses pengeluaran yang menjamin mutu produk sentiasa konsisten.
Bekalan bahan herba seperti pegaga diusahakan sendiri di ladang-ladang milik syarikat. Pengawasan yang rapi diberi terhadap bahan utama ini untuk menjamin mutu keluaran yang tinggi. Semua bahan herba lain juga melalui kawalan mutu yang ketat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Penggabungan aspek Islam dalam proses pembuatan, meningkatkan lagi keikhlasan terhadap tugas-tugas menyediakan herba rawatan untuk manusia.
CIRI-CIRI PRODUK HERBA HPA
- Dikilangkan mengikut standard “Good Manufacturing Practice” (GMP).
- Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)
dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia. - Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
- Menggunakan 100% herba.
- Tidak mengandungi sebarang bahan kimia.
- Tidak mengandungi Steroid.
- Melepasi ujian had kandungan logam berat.
- Melepasi ujian had Mikrob.
- Melepasi ujian had kecairan.
- Berkesan dan mujarab, bersih lagi suci.
- Gunakan tanpa was-was.
1. Sembelit
2. ‘Allergic’ atau alahan
3. Membantu dalam sistem imunisasi tubuh
4. Membantu mengatasi masalah perut kembung
5. Membantu mengatasi migrain
6. Menghilangkan kesemutan pada hujung jari
7. Hilang selera makan
8. Kanser
9. Trombosis (pembekuan darah)
10.Artherosklerosis (pembekuan lemak dalam saluran darah)
11.Kadar kolesterol yang berlebihan
12.Plasma lipid yang berlebihan
13. Penyakit jantung
14.Stres yang berlebihan
15.Tekanan darah tinggi
Produk HPA :-
PARAMARIA PLUS
Wanita memerlukan
makanan kesihatan bagi memelihara kejelitaan luaran dan dalaman.
Paramaria Plus mengandungi Kayu Serapat (Paramaria leavigata)
yang merupakan herba terbaik untuk disyorkan kepada setiap wanita.
Herba ini mengandungi minyak asiri cautchouc dan getah perca yang
mampu merapatkan organ rahim khususnya apabila wanita tersebut
bersalin atau menghadapi masalah rahim turun.
Herba Kayu Serapat juga
amat sesuai untuk wanita yang mengalami gangguan edaran haid atau
tidak teratur pusingannya. Selain dari itu, ia sesuai kepada wanita
yang mengalami sakit pinggang, letih, kesemutan pada kaki dan tangan.
Sinergi terbaik :
- Keputihan: Paramaria Plus + Keputihan + Health B
- Bersalin: Paramaria Plus + Herba Tuju Angin
- Senggugut: Paramaria Plus + Senggugut
Antara khasiat herba kayu serapat
adalah seperti berikut:-
- Membantu melancarkan haid
- Awet muda
- Membantu menghilangkan keputihan dan gatal pada kemaluan
- Mengurangkan sakit pinggang
- Membantu menyihatkan rahim
- Menghaluskan kulit
- Melambatkan menopause
Cara Makan @ Dos diamalkan:
1 kapsul pagi dan 2 kapsul malam.
Selepas makan setiap hari.
Omega3 Soft Gel
Produk yang mengandungi asid lemak EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), LLA (Linolenik Acid), asid amino kompleks dan mineral. Omega3 Softgel menggunakan sumber dari ikan laut dalam yang diperolehi di kawasan Artik yang dikenalpasti mengandungi bahan tersebut.
Kajian dari para pakar pemakanan kesihatan mendapati ikan yang terdapat di sekitar kawasan laut Artik seperti Tenggiri Biru, Kod, Solomon dan sebagainya mempunyai kadar EPA dan DHA yang tinggi. EPA dapat mencegah kadar kolestrol yang berlebihan, stress yang berlebihan:
DHA berfungsi membantu meningkatkan kemampuan otak untuk belajar dan menguatkan minda serta daya ingatan. Kelebihan lain yang ada pada Omega3 Softgel adalah :
EPA dapat mencegah:
• Kanser
• Trombosis (pembekuan darah)
• Artherosklerosis (pembekuan lemak dalam saluran darah)
• Kadar kolesterol yang berlebihan
• Plasma lipid yang berlebihan
• Penyakit jantung
• Stres yang berlebihan
• Tekanan darah tinggi
DHA berfungsi membantu meningkatkankemampuan otak
untuk belajar dan menguatkan minda serta daya ingatan.
Kelebihan lain yang terdapat pada Omega-3 Soft Gel ini adalah:
• Mencegah radang sendi (Rheumatoidarthritis)
• Mencegah asthma
• Membantu meningkat daya tenaga dan kesuburan
• Mencegah kanser payu dara, usus, pankreas dan prostat
• Mencegah penyakit kulit
• Mencegah migran, kesemutan, sejuk pada kaki dan tangan
Cara Makan @ Dos diamalkan:
2 softgel pada waktu pagi,
2 pada waktu tengah hari dan
2 pada waktu malam
HERBA KEPUTIHAN
Keputihan atau Leukorhea adalah sejenis penyakit yang dihidapi pada faraj wanita. Ia berbentuk lendir berwarna putih yang berbau busuk dan akan mengakibatkan gatal. Wanita yang menghadapi masalah ini akan menunjukkan tanda-tanda pucat pada wajahnya dan sering mengalami keletihan. Emosi wanita tersebut akan mudah terganggu. Keputihan juga akan mengakibatkan rahim wanta tersebut menjadi kendur dan sekaligus menurunkan keinginan nafsu seks.
Produk ini boleh diamalkan oleh semua wanita yang sudah baligh.
Cara Makan @ Dos diamalkan:
Amalkan 2 kapsul pada malam dan 1 kapsul pada waktu pagi. Amat baik jika disinergikan dengan H.B atau Teh Herba.
No comments:
Post a Comment